awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM nafi buat sebaran mesej penipuan 'SIM Swap'

Bernama
Bernama
24/12/2023
11:28 MYT
PDRM nafi buat sebaran mesej penipuan 'SIM Swap'
PDRM mengesan sebaran mesej itu melalui aplikasi WhatsApp serta Facebook dan didakwa mesej tersebut daripada 'JSJ Komersial PDRM'.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan membuat sebaran mesej menerusi media sosial mengenai kewujudan modus operandi baharu penipuan dinamakan 'Sim Swap'.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya mengesan sebaran mesej itu melalui aplikasi WhatsApp serta Facebook dan didakwa mesej tersebut daripada 'JSJ Komersial PDRM'.
"Adalah dimaklumkan informasi tersebut adalah palsu. Jabatan ini tidak pernah membuat sebaran mesej sedemikian malah tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan modus operandi tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut mesej berkenaan, mangsa akan menerima panggilan dan diminta menekan butang satu sebelum telefon digodam serta diambil alih penjenayah bagi memindahkan semua wang mangsa ke akaun lain.
Sehubungan itu, Ramli mengingatkan semua pengguna telefon agar tidak menekan mana-mana pautan meragukan dan tidak menuruti sebarang arahan diterima melalui individu tidak dikenali.
Beliau berkata semua nasihat dan pesanan awam yang dikeluarkan oleh JSJK adalah melalui saluran media cetak dan elektronik rasmi seperti berita televisyen dan akhbar, selain turut dibuat secara dalam talian menerusi portal rasmi PDRM dan JSJK.
Ramli menasihatkan orang ramai untuk berhenti menyebarkan maklumat itu bagi mengelak kegusaran awam dan sebarang pertanyaan atau pengesahan berkaitan kewujudan modus operandi baharu penipuan boleh menghubungi balai polis berhampiran atau mengemukakan pertanyaan kepada CCID Infoline melalui talian 013-2111222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sebaran mesej
#PDRM
#sim swap
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan