awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM perkukuh peranan sebagai rakan pendidik, bentuk generasi muda berdisiplin

Bernama
Bernama
12/11/2025
20:10 MYT
PDRM perkukuh peranan sebagai rakan pendidik, bentuk generasi muda berdisiplin
Alzafny Ahmad ketika ditemui media selepas Majlis Peluncuran dan Penyerahan Sekolah Angkat MADANI Kontinjen Negeri Sembilan di Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pada Rabu. - Gambar Bernama
KUALA PILAH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berperanan sebagai rakan pendidik dalam usaha membentuk generasi muda berdisiplin serta berakhlak tinggi, terutama dalam mendepani pelbagai cabaran sosial masa kini.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, tanggungjawab PDRM bukan sekadar menguatkuasakan undang-undang tetapi turut berperanan membimbing masyarakat, khususnya generasi muda yang perlu dididik dengan semangat cintakan negara dan menghormati undang-undang.
Beliau turut menyeru golongan muda supaya menolak segala bentuk jenayah termasuk menentang budaya samseng, buli, vandalisme dan penyalahgunaan media sosial.
"Setiap tindakan mencerminkan nilai diri dan maruah keluarga. Oleh itu, pelajar perlu mematuhi disiplin sekolah, menghormati guru dan menjauhi segala bentuk salah laku," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan dan Pelancaran Program Sekolah Angkat MADANI PDRM Peringkat Kontinjen Negeri Sembilan Tahun 2025 di Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi, di sini, pada Rabu.
Hadir sama Pengarah Pendidikan Negeri, Khalidah Omar.
Beliau berkata, menerusi inisiatif Sekolah Angkat MADANI, PDRM dapat berganding bahu dengan institusi pendidikan dalam memperkukuh nilai sahsiah, disiplin serta keselamatan pelajar sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai kemanusiaan, kesejahteraan dan keutuhan masyarakat.
Dalam pada itu, Alzafny berkata, sebanyak RM100,000 diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan bagi pelaksanaan program Sekolah Angkat MADANI yang bertujuan membantu meningkatkan kemudahan infrastruktur di sekolah berkenaan.
"Program sekolah angkat ini penting dalam mengabungkan semua pihak untuk membangunkan kemudahan sekolah demi keselesaan pelajar, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#rakan pendidik
#generasi muda berdisiplin
#Polis Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan