awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
10/02/2026
09:45 MYT
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail (tengah) bercakap pada sidang media di Menara 1 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sindiket jenayah terancang yang terlibat dalam 32 kes pecah rumah dan premis perniagaan di Johor, menyebabkan kerugian dianggarkan melebihi RM1 juta.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata operasi itu dijalankan susulan penahanan dua suspek pada pertengahan bulan lalu.
“Kita telah melancarkan Operasi Shutter dan menahan dua suspek berusia 22 dan 26 tahun,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman pada Selasa.
Beliau menjelaskan, kumpulan ini beroperasi secara terancang dan berkumpulan, menyebabkan kerugian besar kepada mangsa serta menjejaskan rasa selamat dalam kalangan masyarakat.
“Sindiket ini diketuai seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun dan dianggotai lima individu berumur antara 22 hingga 38 tahun yang merupakan penjenayah berulang serta aktif sejak 2022 hingga Oktober 2025,” katanya.
Modus operandi kumpulan itu adalah menyasarkan rumah teres yang tidak berpenghuni serta premis perniagaan yang menggunakan pintu jenis shutter.
“Suspek akan memecah masuk premis dengan cara mengumpil menggunakan peralatan seperti kuku kambing atau pisau pemotong,” katanya.
Selepas memasuki premis, suspek akan menggeledah kawasan berkenaan dan melarikan barangan berharga termasuk barang kemas, wang tunai serta kenderaan milik mangsa.
Mohd Khalid berkata, kedua-dua suspek yang ditahan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.
Empat lagi ahli kumpulan yang berusia antara 22 hingga 38 tahun telah dikenal pasti dan kini berada dalam tahanan di Penjara Kluang, Johor atas kesalahan lain.
“Kita percaya penahanan ini akan memberi kesan besar terhadap aktiviti jenayah terancang di negeri Johor serta meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap keselamatan,” katanya.
Beliau menegaskan, PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau kumpulan yang mengancam ketenteraman awam.
“Kita juga menggesa orang ramai untuk terus memberikan maklumat sekiranya mengetahui sebarang kegiatan jenayah. Kerjasama masyarakat adalah kunci bagi memastikan keselamatan, keharmonian, dan kesejahteraan negara terjaga,” jelasnya.

Topic Berkaitan
#OP Shutter
#sindiket jenayah terancang
#kes pecah rumah
#remis perniagaan di Johor
#Ketua Polis Negara
#Mohd Khalid Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan