awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Bugil: Ketua sindiket seks siber dicekup PDRM

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
10/02/2026
10:00 MYT
Op Bugil: Ketua sindiket seks siber dicekup PDRM
Mohd Khalid berkata, kumpulan jenayah itu diketuai seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun dan dianggotai 11 individu berumur antara 18 hingga 37 tahun. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR : Dalang sindiket pemerasan video seksual dalam talian dan penipuan tawaran pekerjaan luar negara terbongkar apabila seorang lelaki tempatan berusia 23 ditahan bersama 11 individu lain yang berusia 18 hingga 37 tahun menerusi Op Bugil.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, hasil siasatan mendapati sindiket yang dipercayai aktif sejak dua tahun lalu itu menyebabkan mangsa didakwa mengalami kerugian kira-kira RM3 juta kepada mangsa.
"Sindiket ini menggunakan akaun media sosial palsu dengan menyamar sebagai wanita untuk menarik dan memperdaya mangsa melakukan panggilan video lucah.
"Mangsa selepas itu akan dihantar pautan phishing bagi tujuan menggodam data telefon bimbit. Rakaman video itu kemudiannya digunakan untuk mengugut dan memeras wang mangsa secara berperingkat.
"Sindiket turut merekrut pekerja tempatan termasuk individu bawah umur dengan tawaran gaji antara RM2,200 hingga RM4,000 sebulan," kata beliau.
Beliau berkata demikian di sidang media Ketua Polis Negara di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, pada Selasa.
Selepas dilatih mangsa dipercayai turut ditawarkan pekerjaan di luar negara dengan gaji sehingga AS$2,500 (RM9,820) termasuk dipaksa bekerja sehingga 12 jam sehari serta dikawal pergerakan dan dirampas dokumen pengenalan selain didera secara fizikal dan seksual sekiranya enggan mengikut arahan sindiket," katanya.
Mangsa juga didakwa turut diugut agar membayar RM30,000 sekiranya ingin berhenti kerja.
"Bagaimanapun, kebanyakan mangsa yang terlibat ini enggan membuat laporan polis kerana takut dengan ugutan sindiket," tambahnya.
Kesemua yang ditahan kini disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.
Kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan kesemua suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Khamis.
Operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama JSJ Kontinjen Johor.
Topic Berkaitan
#Op Bugil
#gangguan seksual
#Mohd Khalid Ismail
#sindiket pemerasan video seksual dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan