awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM usaha percepat proses bayaran tuntutan upah jahit pakaian seragam

Bernama
Bernama
26/10/2025
08:30 MYT
PDRM usaha percepat proses bayaran tuntutan upah jahit pakaian seragam
PDRM memahami keresahan warga pasukan berhubung perkara itu dan usaha sedang dilakukan bersama-sama Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta agensi pusat berkaitan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengambil langkah terbaik untuk mempercepat proses pembayaran tuntutan upah jahit pakaian seragam pegawai dan anggota.
Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Bukit Aman Gilberd Philip Layang berkata PDRM memahami keresahan warga pasukan berhubung perkara itu dan usaha sedang dilakukan bersama-sama Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta agensi pusat berkaitan.
"PDRM memberi jaminan kebajikan warga pasukan sentiasa menjadi keutamaan. Usaha penyelarasan sedang giat dijalankan agar semua tuntutan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat berdasarkan tatacara kewangan dan perolehan sedang berkuat kuasa.
"PDRM kekal komited untuk memastikan setiap kebajikan pegawai dan anggota terus dipelihara selaras dengan prinsip kesejahteraan perkhidmatan awam serta semangat MADANI," katanya dalam kenyataan hari ini.
Gilberd meminta semua pihak bertenang dan memberi ruang kepada proses pentadbiran yang sedang dijalankan.
Beliau berkata perkara itu tidak menjejaskan kesiapsiagaan dan tanggungjawab utama pasukan dalam memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara khususnya menjelang pelaksanaan pelbagai acara antarabangsa sepanjang 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#tuntutan upah jahit baju
#Gilberd Philip Layang
#KDN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan