awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pecat pekerja kerana dedah maklumat, SPRM dakwa pegawai kanan syarikat esok

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
17/09/2020
11:54 MYT
Pecat pekerja kerana dedah maklumat, SPRM dakwa pegawai kanan syarikat esok
SPRM memaklumkan pegawai kanan syarikat itu bertindak memecat kakitangannya yang mendedahkan maklumat kepada SPRM berkaitan salah laku yang dibuat oleh tertuduh. - Foto Fail Astro AWANI
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat pertama kalinya akan mendakwa seorang individu di bawah Seksyen 10 (3) (b), Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).
Menerusi satu kenyataan, SPRM memaklumkan pegawai kanan syarikat itu bertindak memecat kakitangannya yang mendedahkan maklumat kepada SPRM berkaitan salah laku yang dibuat oleh tertuduh.
"SPRM amat prihatin dengan masalah yang terpaksa dihadapi oleh pemberi maklumat sekiranya mereka dikenakan tindakan atas pendedahan jenayah rasuah yang dilakukan oleh pihak tertentu," memetik kenyataan tersebut.
Pertuduhan akan dilakukan SPRM pada Jumaat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, di sini.
SPRM menambah, peruntukan undang-undang tersebut menggalakkan pendedahan maklumat mengenai sebarang jenayah rasuah atau salah laku lain di samping memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat daripada sebarang tindakan yang memudaratkan.
Tegas SPRM, suruhanjaya itu tidak akan teragak-agak menjalankan siasatan ke atas pihak yang cuba mengenakan tindakan yang memudaratkan ke atas pemberi maklumat.
"SPRM berharap agar pertuduhan berkaitan kes ini dapat memberikan isyarat kepada masyarakat agar tidak gentar dalam memberikan kerjasama kepada agensi penguat kuasa untuk menyalurkan maklumat berkaitan rasuah dan salah guna kuasa.
"Pertuduhan berkaitan kes ini juga diharapkan dapat memberi pengajaran kepada pihak yang cuba mengenakan tindakan ke atas pemberi maklumat," tambah kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Akta Perlindungan Pemberi Maklumat
#jenayah
#Mahkamah Sesyen
#pemberi maklumat
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan