awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Pengorbanan Kedah pelihara kawasan padi, tadahan air wajar dibalas setimpal - Sultan
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegang prinsip tabayyun, semak sebelum sebar kandungan berita - Zulkifli

Bernama
Bernama
12/04/2026
11:20 MYT
Pegang prinsip tabayyun, semak sebelum sebar kandungan berita - Zulkifli
Dr Zulkifli berkata terdapat tindakan segelintir pihak yang menyebarkan berita palsu dengan menggunakan pelbagai helah dan kaedah.
Rakyat Malaysia diingatkan supaya sentiasa berpegang kepada prinsip tabayyun dengan menyemak kesahihan sebelum menyebarkan atau berkongsi sebarang kandungan berita, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
Beliau berkata bagaimanapun terdapat tindakan segelintir pihak yang menyebarkan berita palsu dengan menggunakan pelbagai helah dan kaedah.
“Hari ini saya menerima beberapa tangkap layar yang mendakwa kononnya kerajaan hantar 329,000 tong diesel ke Filipina. Ada juga yang licik menyebar berita palsu ini dengan tanda soal, pura-pura bertanya dan lain-lain.
“Mereka tahu dan faham bahawa berita itu tidak benar tetapi merelakan cacian dan makian serta disebarkan tanpa batas. Lebih menyedihkan ada juga golongan agamawan yang melakukan perkara sama,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Beliau berkata meskipun telah diperbetulkan dengan berita yang benar, masih ramai yang berpegang dengan berita palsu tersebut malahan meneruskan kata-kata kesat dan tidak baik.
“Marilah sama-sama menyemak kebenaran fakta sebelum disebarkan selaras dengan firman Allah SWT. Jom semua kita meningkatkan amal ibadah dan meninggalkan perkara yang sia-sia. Tabayyun dan semak berita sebelum sebar!
"Sebar berita sahih dapat pahala sebar berita palsu dapat dosa. Banyakkan amal jariah elakkan dosa jariah,” katanya.
Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) mengesahkan 329,000 tong diesel yang dihantar ke Filipina baru-baru ini bukan berasal dari Malaysia seperti dilaporkan media antarabangsa.
Pasukan Pengurusan Krisis MTEN dalam kenyataan lewat malam tadi menasihatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi serta merujuk kepada sumber rasmi kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#berita palsu
#Tabayyun
#Kandungan berita
#MTEN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan