awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM arah semua IPG henti serta-merta aktiviti lasak, air
TERAJU sebagai nadi pemerkasaan Bumiputera di bawah kerangka PuTERA35
Malaysia nilai potensi tenaga nuklear secara menyeluruh, utamakan keselamatan - Chang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai AADK dituduh sebabkan kematian

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
21/09/2021
03:21 MYT
Pegawai AADK dituduh sebabkan kematian
Tertuduh yang bertugas di AADK Kuala Muda dituduh melakukan kesalahan itu kira-kira jam 10.40 malam 18 Julai lalu. - Astro AWANI
YAN: Seorang pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Yan hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki dua bulan lalu.
Tertuduh Md Ilyas Syahmi Ibnu, 34, bagaimanapun hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Anis Suraya Ahmad.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kematian Zahari Ayub, 24, di hadapan bangunan pejabat AADK Kuala Muda, Sungai Petani.
Tertuduh yang bertugas di AADK Kuala Muda dituduh melakukan kesalahan itu kira-kira jam 10.40 malam 18 Julai lalu.
Tertuduh yang berasal dari Kemunting, Perak dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat dan Mohd Farhan Aliff Ahmad.
Jenayah | Pegawai AADK dituduh sebabkan kematian
Tertuduh, yang diwakili peguam Mohd Shafiq Ahmed Bazari dan Nur Elissa Baharudin merayu kepada mahkamah agar jaminan diberikan kerana tertuduh menyara isteri dan tiga orang anak yang masih kecil.
Tertuduh turut mempunyai masalah kesihatan buasir kronik dan perlu mengambil ubat setiap hari.
Majistret Anis Suraya kemudiannya menetapkan 20 Oktober depan untuk tarikh sebutan semula kes serta serahan laporan forensik dan kimia.
Mahkamah juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin berikutan ia dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Topic Berkaitan
#dakwa
#bunuh
#AADK
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan