awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai imigresen cedera dirempuh dalam serbuan pusat hiburan

Bernama
Bernama
26/02/2026
01:38 MYT
Pegawai imigresen cedera dirempuh dalam serbuan pusat hiburan
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia cedera selepas dirempuh seorang warga asing dalam operasi penguatkuasaan di sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia cedera selepas dirempuh seorang warga asing dalam operasi penguatkuasaan di sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, di sini awal pagi tadi.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Basri Othman berkata dalam operasi bermula 3.15 pagi, pegawai itu disyaki patah kaki kiri dan suspek kemudiannya melarikan diri.
“Suspek bertindak agresif semasa keadaan kelam-kabut di tangga premis sehingga pegawai kami terjatuh. Pegawai itu dikejarkan ke hospital dan dilaporkan stabil,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Basri berkata operasi melibatkan 85 pegawai dan anggota termasuk 15 daripada Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) dengan 48 daripada 98 warga asing yang diperiksa ditahan atas pelbagai kesalahan.
Antara kesalahan itu ialah tinggal lebih masa dan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dengan mereka terdiri daripada warga Myanmar, Thailand dan beberapa negara Afrika.
Selain itu, Basri berkata dua lelaki Nigeria ditahan kerana disyaki menyalahgunakan pas pelajar dengan bekerja sebagai pengacara lagu (DJ).
“Mereka dikesan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas,” katanya.
Basri berkata kebanyakan pengunjung dalam keadaan khayal dipercayai akibat alkohol ketika pemeriksaan dijalankan.
Siasatan awal juga mendapati premis itu menggunakan khidmat wanita warga asing yang menerima tempahan dan menetapkan kadar bayaran melalui telefon.
Kesemua tahanan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk siasatan dan tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imigresen
#cedera
#dirempuh
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan