awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai perubatan 'on call' dijangka terima berita gembira pada Belanjawan 2025 - Dzulkefly

Bernama
Bernama
29/08/2024
15:00 MYT
Pegawai perubatan 'on call' dijangka terima berita gembira pada Belanjawan 2025 - Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang lalu dan mendapat reaksi positif Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Pegawai perubatan sektor awam dijangka menerima berita gembira berhubung semakan semula kadar elaun bertugas atas panggilan atau 'on-call' tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang lalu dan mendapat reaksi positif Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kita telah mendapat respons yang positif daripada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dan setakat ini, kita menunggu amaun (elaun)," katanya sambil membayangkan perkara itu akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2025 akan datang.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran Projek MyGenom di Institut Kesihatan Negara di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Pada 24 Ogos lepas, Dzulkefly dilaporkan berkata cadangan daripada Kumpulan Hartal Doktor Kontrak (HDK) berhubung kadar elaun tugas atas panggilan petugas perubatan akan diteliti dan dibawa kepada Perdana Menteri untuk dipertimbangkan.
Berhubung isu kekurangan insulin, Dzulkefly meminta masyarakat supaya tidak panik dan memberi jaminan tiada pesakit akan dibiarkan pulang dengan 'tangan kosong' dengan dibekalkan ubatan diperlukan berdasarkan pemeriksaan pakar perubatan yang merawat mereka.
"Saya sendiri terlibat dalam memastikan komitmen untuk kita dapatkan insulin daripada sumber lain dan Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) juga akan memberikan laluan cepat untuk pendaftaran baharu insulin.
"Jika ada mana-mana kemudahan atau klinik yang mengalami kekurangan, pesakit akan segera digerakkan ke fasiliti berdekatan. Jadi jangan terlalu risau, kita yakin doktor tidak akan menjejaskan kesihatan pesakit mereka," katanya.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengesahkan Malaysia tidak mengalami krisis kekurangan bekalan insulin untuk pesakit dan bekalan semasa mencukupi hingga hujung tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2025
#pegawai perubatan
#on call
#NPRA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan