awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja feri dikhuatiri lemas selepas jatuh sungai

Sinar Harian
Sinar Harian
02/09/2024
21:10 MYT
Pekerja feri dikhuatiri lemas selepas jatuh sungai
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari feri yang membawa lori bersama muatan baja di sungai di kawasan sebuah estet di Kinabatangan pada Ahad. - Foto Sinar Harian
KINABATANGAN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada feri ketika menyeberang sungai dalam kejadian di kawasan estet dekat sini, pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai pekerja feri, Antonius Permisi, 45, sedang melakukan kerja mengangkut baja dengan menggunakan feri tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, sembilan anggota dikejar ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.22 petang hari sama.
"Ketika kejadian, feri tersebut mengangkut lori yang membawa muatan baja di dalamnya untuk dibawa menyeberang sungai tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa memasuki hari kedua semalam.
"SAR mangsa menggunakan empat bot orang awam dan pencarian dilakukan dengan kaedah di permukaan air dan tepi sungai bersama agensi lain dan penduduk," katanya.
Bagaimanapun Nurul Azlan berkata, mangsa belum ditemui dan operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 5 petang semalam.
"Operasi akan disambung semula esok pagi," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pekerja feri
#lemas
#jatuh sungai
#Kinabatangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan