awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kebun maut motosikal bertembung SUV

Sinar Harian
Sinar Harian
07/05/2022
02:15 MYT
Pekerja kebun maut motosikal bertembung SUV
Penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah SUV di KM25 Jalan Lipis-Benta pada Jumaat. - Foto ihsan PDRM
LIPIS: Seorang pekerja kebun warga Bangladesh maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) di Kilometer (KM) 25 Jalan Lipis-Benta pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, mangsa, Hosen Ismail, 28 meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal penunggang motosikal dari rumahnya di Benta hendak ke Raub.
"Apabila sampai di tempat kejadian, penunggang dipercayai telah keluar dari simpang ke Raub tanpa berhenti terlebih dahulu lalu bertembung dengan SUV yang dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun dari arah Raub ke Lipis.
"Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal cedera parah di kepala serta kaki dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Ujarnya, pemandu SUV dan penumpang berusia 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#motosikal
#warga asing
#Hosen Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan