awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kedai herba perubatan maut dipercayai dibunuh

Bernama
Bernama
31/05/2021
01:06 MYT
Pekerja kedai herba perubatan maut dipercayai dibunuh
Boy, yang bekerja di kedai itu sejak sebulan lepas, disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang hadir ke lokasi kejadian. --fotoBERNAMA
IPOH: Seorang pekerja kedai menjual herba perubatan maut dipercayai dibunuh di dalam premis berkenaan di Jalan Guntong berhampiran Pasar Buntong di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A.Asmadi Abdul Aziz berkata pihaknya dimaklumkan oleh orang awam mengenai kejadian yang menimpa lelaki tempatan berumur 31 tahun dikenali sebagai Boy itu pada kira-kira 1.15 tengah hari.
"Semasa kejadian, Boy sedang berada di sebuah bilik di kedai berkenaan sebelum didatangi empat lelaki yang mencarinya.
"Menurut rakan sekerja Boy yang berada di kaunter kedai, dia terdengar bunyi bising kira-kira lima minit di dalam bilik itu dan kemudian melihat Boy seolah-olah telah dipukul lalu rakannya itu memanggil ambulans," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
A.Asmadi berkata Boy, yang bekerja di kedai itu sejak sebulan lepas, disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang hadir ke lokasi kejadian.
Beliau berkata hasil pemeriksaan, pihaknya tidak menemukan telefon bimbit milik Boy dan sedang meneliti jika terdapat sebarang senjata digunakan dalam kejadian itu.
"Mangsa mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan pecah amanah dan dadah.
"Jadi, kita melihat dari semua sudut dan latar belakang mangsa dan apa ugutan dia terima daripada mana-mana pihak, sama ada kes ini berkaitan dengan dadah atau sebagainya," katanya.
A.Asmadi berkata pihaknya kini mengesan keempat-empat suspek dan memohon orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu polis bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ipoh
#rekod jenayah lampau
#pecah amanah
#Dadah
#suspek
#Telefon bimbit
#senjata
#pukul
#kedai herba
#pekerja kedai
#dibunuh
#maut
#A Asmadi Abdul Aziz
#Jalan Guntong
#ugutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan