awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kilang maut dengan kesan jerut dileher, 'dirembat' objek tumpul

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
24/01/2019
06:19 MYT
Pekerja kilang maut dengan kesan jerut dileher, 'dirembat' objek tumpul
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner, Mohd Ali Tamby berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan pada Khamis pagi, mendapati ada lumpur dalam salur pernafasan si mati.
Pekerja kilang yang disyaki dibunuh, dengan kesan jerut di leher di Khantan Bharu, dekat sini pada Rabu, mungkin dipukul dengan objek tumpul sebelum terjatuh atau dicampak ke dalam lombong.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner, Mohd Ali Tamby berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan pada Khamis pagi, mendapati ada lumpur dalam salur pernafasan si mati.
Menurut beliau, hasil bedah siasat juga mendapati terdapat kesan lebam / pendarahan pada tepi dagu kanan, sisi mata kiri dan otot dada kanan, disyaki disebabkan objek tumpul seperti kayu, batu, besi, tumbukan atau sepakan.
“Ada kemungkinan si mati dipukul sebelum jatuh atau dicampak dalam kolam,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
BACA: Mayat pekerja kilang dengan kesan jerut di leher ditemui dalam lombong
Menurutnya, siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Astro Awani pada Rabu melaporkan polis menemui mayat seorang pekerja kilang yang disyaki dibunuh, dengan kesan jerut di leher di dalam sebuah lombong di Khantan Bharu, dekat sini, tengahari Rabu.
Lelaki berumur 23 tahun itu dilaporkan keluar rumah di Sungai Siput kira-kira pukul 1.30 petang Selasa untuk pergi memancing.
Topic Berkaitan
#Ipoh
#lelaki
#lombong
#mati
#maut
#mayat
#polis
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan