awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Artemis II pecah rekod Apollo 13 sebagai misi manusia paling jauh dari Bumi
Sembilan anggota polis dihukum mati di India berhubung kematian tahanan semasa COVID-19
UK semak semula hak kemasukan Kanye West susulan bantahan festival
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja ladang rentung dalam kebakaran di Kinabatangan

Bernama
Bernama
28/11/2015
03:34 MYT
Pekerja ladang rentung dalam kebakaran di Kinabatangan
Mayat Marcel Inus Oder, 47, ditemui di bahagian dapur satu daripada bilik rumah kongsi satu tingkat itu yang mempunyai 16 bilik.
Seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia rentung dalam kebakaran membabitkan rumah kongsi pekerja di Ladang Jaguh Harmoni, Kampung Paris 2 dekat sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Rosmadian Majid berkata mayat Marcel Inus Oder, 47, ditemui di bahagian dapur satu daripada bilik rumah kongsi satu tingkat itu yang mempunyai 16 bilik.
Menurutnya lima anggota bomba menggunakan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.50 pagi.
Lokasi kejadian yang jauh menyebabkan anggota bomba tiba dua jam kemudian, katanya.
Beliau berkata struktur rumah kongsi pekerja itu terbakar sepenuhnya.
Katanya punca kebakaran masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#Kampung Paris 2
#kebakaran
#Ladang Jaguh Harmoni
#Marcel Inus Oder
#Rosmadian Majid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan