awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar Malaysia di Jepun hilang sejak Isnin

Sinar Harian
Sinar Harian
30/01/2025
00:30 MYT
Pelajar Malaysia di Jepun hilang sejak Isnin
Hannani (depan) dipercayai hilang dan tidak dapat dihubungi selepas meninggalkan kampus pada tengah hari, Isnin lalu.
SHAH ALAM: Seorang penuntut Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di sebuah institut pengajian tinggi di Kure Kosen, Hiroshima, Jepun dilaporkan hilang sejak 27 Januari lepas.
Pelajar wanita berusia 21 tahun yang dikenali sebagai Hannani itu dipercayai hilang dan tidak dapat dihubungi selepas meninggalkan kampus pada tengah hari, Isnin lalu.
Berdasarkan maklumat tular, pihak kedutaan serta Imigresen Jepun sudah dimaklumkan berhubung kejadian berkenaan.
Pihak kampus bagaimanapun mengesahkan bahawa Hannani yang meninggalkan Kure Kosen masih belum kembali ke asrama sehingga kini.
Tambahnya, mereka sudah menghubungi polis dan berusaha menjejaki Hannani melalui aplikasi LINE, Messenger serta WhatsApp namun tidak membuahkan hasil.
"Kami juga sudah memeriksa bilik Hannani dan mengesahkan dia membawa pasport serta dompet bersamanya. Kini, kami sedang berusaha menghubungi pelajar Malaysia lain di Kosen.
"Sekiranya terdapat sebarang maklumat, sila hubungi pihak kampus. Kami juga akan memberitahu jika ada perkembangan dan memohon maaf atas kelewatan menghubungi tuan atau puan," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Hannani diminta untuk menghubungi Pegawai Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) Tokyo, Imran Yusof di talian 81 80-7561-8080 atau Yang Munirah di 60 12-688 8364.
Sementara itu, pengesahan daripada pihak kedutaan Malaysia di Jepun berhubung kehilangan penuntut terbabit masih belum diterima. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelajar Malaysia hilang
#Jepun
#Kosen Hiroshima
#Hannani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan