awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar perlu seimbangkan penguasaan ilmu, adab dan akhlak - PM Anwar

Bernama
Bernama
04/04/2026
08:06 MYT
Pelajar perlu seimbangkan penguasaan ilmu, adab  dan akhlak  - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beramah mesra dengan para pelajar semasa program Temu Anwar bersama Warga MCKK di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pelajar perlu menekankan pembentukan adab, akhlak dan disiplin dalam usaha mereka menguasai pelbagai bidang ilmu.
Beliau berkata perkara berkenaan tidak boleh diketepikan kerana ia merupakan asas untuk melahirkan pelajar yang seimbang.
"Bukan perkara baharu yang menyebut penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang itu penting, tetapi tidak boleh meninggalkan landasan mendidik manusia ( menerusi) budi pekerti, akhlaknya,” katanya ketika berucap pada program Temu Anwar Bersama Warga Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Auditorium Tun Abdul Razak MCKK, di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak Datuk Khairudin Abu Hanipah.
Anwar berkata dalam tradisi keilmuan Islam, konsep ilmu bukan sekadar penguasaan fakta, tetapi melibatkan penghayatan mendalam yang membawa kepada makrifat.
"Kita semuanya berebut untuk mencari maklumat. Tetapi tidak semua maklumat itu ilmu, bukan semua maklumat itu pengetahuan.
"Saringan ilmu itu memerlukan usaha kita menilai dan menyaring berita untuk melayakkan kita mendapat makrifat. Jadi ada beza antara maklumat, pengetahuan dan kebijaksanaan,” kata beliau.
Sementara itu, Anwar yang mendapat pendidikan selama enam tahun dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam Atas (1960 hingga 1966) di MCKK turut menyerahkan cek cura berjumlah RM800,000 bagi kerja menaik taraf Dewan Hargreaves MCKK.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#pelajar
#adab
#disiplin
#akhlak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan