awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM fokus ekonomi, tolak tepi kemelut Rafizi, PKR
'Tidak berperikemanusiaan' - UNICEF beri amaran kesan serangan udara Israel terhadap kanak-kanak di Lubnan
Asia Pacific faces weaker growth and higher inflation from Middle East crisis, says ADB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar tingkatan enam maut dalam kemalangan ketika hendak ke sekolah

Bernama
Bernama
22/07/2024
15:16 MYT
Pelajar tingkatan enam maut dalam kemalangan ketika hendak ke sekolah
Shamsudin berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HSB, Alor Setar untuk proses bedah siasat. - Gambar fail/Bernama
BALING: Seorang pelajar perempuan tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling, di sini maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata dalam kejadian pada pukul 7.45 pagi tadi, Siti Umairah Alias, 18, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Solariz sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Bandar menuju ke sekolah.
"Sebuah motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 47 tahun, yang berada di hadapan mangsa dipercayai telah mengubah haluan ke kanan jalan untuk membelok masuk ke simpang, menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu bergesel pada bahagian sisi motosikal tersebut, sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang datang dari arah bertentangan.
"Mangsa melambung dan jatuh di tengah-tengah jalan...akibat daripada kemalangan itu mangsa yang mengalami cedera parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shamsudin berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk proses bedah siasat.
Beliau berkata lelaki warganegara Indonesia yang bekerja sebagai buruh binaan itu, hanya mengalami luka pada tangan dan kaki, manakala pemandu Perodua Myvi berusia 36 tahun, tidak mengalami kecederaan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis turut menahan warga Indonesia itu untuk siasatan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#bedah siasat
#buruh binaan
#Perodua Myvi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan