awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar universiti awam lemas ketika mandi di Air Terjun Chamang

Anisah Mat Rani
Anisah Mat Rani
27/03/2018
13:55 MYT
Pelajar universiti awam lemas ketika mandi di Air Terjun Chamang
Mohammad Amirul Nashriq lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Air Terjun Chamang, Bentong pada Sabtu. -Twitter/@cobralisme
Seorang pelajar universiti awam lemas ketika mandi di Air Terjun Chamang, Bentong pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Yusuf Unis ketika dihubungi Astro AWANI berkata mangsa Mohammad Amirul Nashriq Othman, 19 tahun, dikatakan pergi ke lokasi tersebut bersama tujuh rakan daripada universiti sama.
Dilaporkan lima daripada mereka turun ke kawasan air terjun yang merupakan kawasan larangan untuk mandi.
Ketika mandi, mangsa tiba-tiba tenggelam dan gagal dikesan sebelum timbul 15 minit kemudian.
Menurut Yusuf, rakan-rakan mangsa cuba menyelamatkannya namun tidak berjaya.
BACA: Lelaki lemas kaki tersepit celah batu air terjun Chamang
Air Terjun Chamang merupakan kawasan arus deras yang berbahaya. Tahun lalu, lokasi ini turut meragut nyawa seorang warga Bangladesh.
Topic Berkaitan
#air terjun
#chamang
#lemas
#mangsa
#Mohammad Amirul Nashriq Othman
#pelajar universiti
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan