awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon tumbuk isteri dituduh Isnin depan

Sinar Harian
Sinar Harian
10/03/2023
08:10 MYT
Pelakon tumbuk isteri dituduh Isnin depan
Hussein Omar berkata, pelakon berusia 29 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pelakon yang disyaki menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Sungai Buloh akan dituduh di mahkamah pada Isnin depan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pelakon berusia 29 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
"Kertas siasatan telah lengkap dan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Selasa lalu.
"Polis telah menerima maklum balas dan arahan TPR untuk menuduh lelaki terbabit di Mahkamah Kuala Kubu Bharu pada Isnin (13 Mac)," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Isnin lalu, Sinar Harian melaporkan pihak polis telah mendapat perintah mahkamah bertujuan menghalang pelakon terbabit daripada melakukan perbuatan sama terhadap mangsa sementara siasatan dijalankan polis.
5 Mac lalu, polis telah menahan lelaki itu kira-kira jam 12 tengah hari ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Pelakon itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada petang hari sama.
Sebelum itu, isteri kepada pelakon terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang mendakwa ditumbuk suaminya beberapa kali sehingga cedera di bahagian mata.
Topic Berkaitan
#Rehat dan Rawat R&R Sungai Buloh
#Hussein Omar Khan
#Timbalan Pendakwa Ray
#pelakon tumbuk isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan