awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan tindakan warga emas disemak semula - Nancy

Bernama
Bernama
23/03/2023
05:49 MYT
Pelan tindakan warga emas disemak semula - Nancy
Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) kini sedang disemak semula dalam usaha memantapkan aspek penjagaan dan kebajikan golongan itu susulan jangkaan Malaysia akan mencapai taraf negara tua menjelang 2030. -Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) kini sedang disemak semula dalam usaha memantapkan aspek penjagaan dan kebajikan golongan itu susulan jangkaan Malaysia akan mencapai taraf negara tua menjelang 2030, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata untuk itu, kementerian akan mendapatkan pandangan dan input daripada agensi peneraju dan pelaksana bagi penghasilan PTWEN 2023-2030.
"Selaras dengan keperluan semasa dan akan datang, Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan PTWEN merupakan komitmen kerajaan untuk mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dalam pembangunan negara," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai pada sesi soal jawab lisan yang ingin tahu tentang tindakan dan pendekatan kerajaan bagi menghadapi jangkaan Malaysia yang akan mencapai negara tua.
Selain itu, Nancy berkata kementerian juga sedang menjalankan kajian untuk mewujudkan akta khusus bagi warga emas di Malaysia dengan kajian dilaksanakan konsultan dari Universiti Malaysia.
"Kita juga telah mendrafkan Rang Undang-Undang Warga Emas (yang) bertujuan untuk menjaga kesejahteraan warga emas...jadi pasukan projek khas telahpun ditubuhkan bagi meneliti lanjut kesesuaian rang undang-undang yang dibuat itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nancy Shukri
#warga emas
#PTWEN
#capai taraf negara tua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan