awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantikan duta khas baharu ASEAN ke Myanmar akan diperhalusi pada Januari - Saifuddin

Bernama
Bernama
15/12/2021
12:41 MYT
Pelantikan duta khas baharu ASEAN ke Myanmar akan diperhalusi pada Januari - Saifuddin
Saifuddin berkata pelantikan yang diumumkan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen hari ini itu akan dibincangkan secara konsensus. - Foto Wisma Putra
KUALA LUMPUR: Langkah Kemboja melantik Menteri Luarnya Prak Sokhonn sebagai duta khas baharu pengerusi ASEAN ke Myanmar bakal menjadi agenda utama semasa Pemukiman Menteri-Menteri Luar badan serantau itu bulan depan, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata pelantikan yang diumumkan Perdana Menteri Hun Sen hari ini itu akan dibincangkan secara konsensus bagi memastikan kesinambungan perkara-perkara berkaitan terutamanya pelaksanaan Konsensus Lima Perkara mengenai Myanmar, yang dicapai pemimpin ASEAN pada April.
"Saya rasa Kemboja baru sahaja buat pengumuman. Apa pun kita (ASEAN) sepakat dalam membuat keputusan. Saya fikir tidak akan ada sebarang bantahan.
"Memandangkan Kemboja bakal menjadi Pengerusi ASEAN mulai Januari dan Hun Sen melawat Myanmar dijadual pada 7 hingga 8 Jan, kami akan mengikuti perkembangan itu dan menunggu laporan beliau.
"Kami menantikan pemukiman pada Januari nanti untuk kami mengajukan persoalan dan mencari jalan mengenai bagaimana kami menangani isu Myanmar," kata Saifuddin kepada Bernama selepas bertemu pemuzik cacat pendengaran, Jeshurun Vincent di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), hari ini.
Media antarabangsa melaporkan Hun Sen akan menamakan Prak Sokhonn menggantikan duta khas ketika ini, Menteri Luar II Brunei, Erywan Mohd Yusof.
Pada April lepas, ASEAN sepakat menerima pakai Konsensus Lima Perkara untuk menangani keadaan sosiopolitik yang semakin meruncing di Myanmar berikutan rampasan kuasa tentera yang mencetuskan beberapa konfrontasi antara orang awam dan pasukan keselamatan, menyebabkan lebih 1,000 orang terkorban.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#duta khas baharu ASEAN
#Kemboja
#Prak Sokhonn
#Myanmar
#Saifuddin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan