awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelatih maut dengan kesan cedera, empat termasuk kakitangan Puspen direman - Polis

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
03/02/2023
04:39 MYT
Pelatih maut dengan kesan cedera, empat termasuk kakitangan Puspen direman - Polis
Menurut polis, hasil bedah siasat mengesahkan terdapat kecederaan pada bahagian belakang badan mangsa akibat dipukul dengan menggunakan objek tumpul. - Gambar hiasan
IPOH: Seorang pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Perlop, Sungai Siput, ditemukan maut dengan kesan kecederaan pada tubuh, dipercayai akibat dipukul.
Susulan itu, polis menahan tiga kakitangan Puspen serta seorang pelatih, kesemuanya berumur antara 30 dan 38 tahun, bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian membabitkan lelaki berusia 50 tahun itu pada jam 12.55 tengah hari Selasa (31 Jan).
“Hasil siasatan awal mendapati, terdapat kesan kecederaan pada bahagian badan mangsa.
"Mangsa dibawa ke Hospital Sungai Siput (Utara) dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk bedah siasat.
“Hasil bedah siasat mengesahkan terdapat kecederaan pada bahagian belakang badan mangsa akibat dipukul dengan menggunakan objek tumpul,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Yusri, kesemua suspek direman tujuh hari bermula semalam.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau turut menasihatkan masyarakat agar tidak menularkan maklumat-maklumat yang tidak sahih kepada umum atau membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Topic Berkaitan
#Puspen Perlop
#maut akibat dipukul
#kakitangan Puspen
#Pelatih PUSPEN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan