awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peluasan SST: Beri tumpuan kepada kesan tak langsung - Penganalisis

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
01/07/2025
14:42 MYT
Peluasan SST: Beri tumpuan kepada kesan tak langsung - Penganalisis
Kementerian Kewangan dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan buah-buahan import seperti epal, oren, limau mandarin dan kurma, dikecualikan daripada peluasan SST - Foto/fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberi perhatian kepada kesan tidak langsung yang mungkin dirasai oleh pengguna di peringkat bawah susulan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), yang berkuat kuasa pada 1 Julai.

Ringkasan AI
  • Prof. Emeritus Datuk Zakariah Abdul Rashid berkata peluasan SST boleh menyebabkan kos pengeluaran barangan asas meningkat, sekali gus menaikkan harga barangan keperluan.
  • Beliau menjelaskan walaupun SST sasar barang mewah, rantaian input-output ekonomi boleh menyebabkan kesan tidak langsung kepada harga barangan asas.
  • Kementerian Kewangan memaklumkan beberapa barangan seperti buah-buahan import dan perkhidmatan kecantikan dikecualikan daripada peluasan SST.

Prof. Adjung Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz, Universiti Malaya (UM), Prof. Emeritus Datuk Zakariah Abdul Rashid berkata, kesan cukai terhadap input penghasilan barangan asas boleh menyebabkan peningkatan kos keseluruhan pengeluaran, sekali gus memberi impak kepada harga barangan asas.
Jelas beliau, walaupun sesuatu barangan itu boleh diklasifikasikan sebagai mewah atau asas, hakikatnya kedua-dua kategori ini saling berkait dalam rantaian input dan output ekonomi.
"Barangan asas seperti pertanian dan sayuran yang ditanam dalam ekonomi domestik, tetapi apabila kita menggunakan barang tadi yang terkena cukai, maka kesan limpahannya akan terkena secara tidak langsung.
"Ini sukar untuk ditentukan tetapi mungkin boleh kerajaan boleh buat boleh jangkaan apa kesan daripada perkara-perkara sedemikian terhadap (harga) perkara asas tadi. Jadi, bermakna kita tak boleh kata sama sekali, ia akan terkena secara tidak langsung. Tetapi kita bimbang kesan tak langsung ini boleh jadi lebih besar," katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Menurut Zakariah, peluasan skop SST bertujuan memastikan beban cukai lebih banyak ditanggung oleh golongan pengguna barangan dan perkhidmatan mewah, berbanding golongan berpendapatan rendah.
Katanya lagi, senarai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan SST juga dilihat sangat komprehensif kerana kerajaan berhasrat memaksimumkan kutipan hasil cukai kepada kumpulan yang terlibat.
"Apa yang nak dibuat ini supaya apabila beban cukai itu dipindahkan kepada pengguna, maka yang menggunakan barangan mewah akan menanggung beban pembayaran cukai yang lebih tinggi, berbanding mereka yang berada di peringkat bawahan," ujar Zakariah.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan buah-buahan import seperti epal, oren, limau mandarin dan kurma, dikecualikan daripada peluasan SST.
Selain itu, Cukai Perkhidmatan juga tidak akan diperluas kepada perkhidmatan kecantikan.
Topic Berkaitan
#peluasan SST
#Kesan pelaksanaan SST
#Harga Barangan
#berita dalam negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan