awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemaju hartanah bergelar Datuk didakwa tipu penjualan saham

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/06/2021
04:38 MYT
Pemaju hartanah bergelar Datuk didakwa tipu penjualan saham
Tertuduh, Chin Yoon Seong (tengah), sewaktu dbawa keluar dari Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin. - Astro AWANI
IPOH: Seorang pemaju hartanah bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas tuduhan menipu berkaitan penjualan saham syarikat miliknya berjumlah RM400,000, empat tahun lalu.
Tertuduh, Chin Yoon Seong, 62, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohammad Afifi Mohammad Deen.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menipu seorang lelaki dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa dia akan menjual saham syarikatnya, sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM400,000.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di B-G-22A, Times Square Ipoh, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah pada 6 dan 12 Januari 2017.
Mahkamah | Datuk mengaku tidak bersalah tipu jual saham
Dia didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun, sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiqah Izzati Mazlan manakala tertuduh diwakili peguam Raam Kumar.
Topic Berkaitan
#Datuk
#tipu
#Mahkamah Majistret
#Ipoh
#saham
#penjualan saha
#wang tunai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan