awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40 peratus hasil Sabah: Kerajaan Negeri hormati keputusan Mahkamah Rayuan, harap rundingan diteruskan - Hajiji
AirAsia kurangkan kapasiti, kawal kos dan semak naik tambang susulan tekanan harga bahan api
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu bas cedera, 14 penumpang selamat dalam kemalangan

Bernama
Bernama
01/06/2017
05:09 MYT
Pemandu bas cedera, 14 penumpang selamat dalam kemalangan
Pemandu bas dari Jeli itu, Nik Hassan Mahmud, 47, menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM) dan pemandu treler bersama kelindannya tidak mengalami sebarang kecederaan. - Gambar hiasan
Seorang pemandu sebuah bas ekspres cedera di muka, manakala 14 penumpangnya terselamat apabila bas itu terbabas ke dalam gaung selepas berlanggar dengan sebuah treler di kilometer 27 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Rajab Ahad Ismail berkata, kejadian kira-kira 1 pagi itu berlaku ketika bas tersebut dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.
"Bas itu dipercayai terbabas memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah treler yang datang dari arah bertentangan sebelum hilang kawalan dan terbabas ke gaung sedalam 10 meter di sebelah kiri jalan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Pemandu bas dari Jeli itu, Nik Hassan Mahmud, 47, menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM) dan pemandu treler bersama kelindannya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Rajab Ahad berkata kejadian itu turut membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki enam beranak yang juga dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.
"MPV itu berada di belakang bas berkenaan turut melanggar treler yang sama, tetapi mereka semua (enam beranak) terselamat," katanya.
Lalu lintas kawasan kejadian masih dikawal bagi mengelakkan berlaku kesesakan sebelum kerja menarik kenderaan terbabit dilakukan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bas kemalangan
#Gua Musang
#kemalangan
#Supt Rajab Ahad Ismail
#treler kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan