awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu jentera keluar memancing ditemui maut

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
24/04/2020
01:04 MYT
Pemandu jentera keluar memancing ditemui maut
Mayat mangsa ditemui terbaring di atas tanah. Astro AWANI
Misteri kehilangan seorang pemandu jentera yang tidak pulang ke rumah selepas keluar memancing sejak Rabu terjawab selepas mangsa ditemui maut semalam.
Mayat Sayutzi Yaacob, 49 tahun, dijumpai oleh adiknya kira-kira jam 7.30 pagi Khamis di dalam ladang kelapa sawit di Felda Kerteh 3.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata, kali terakhir mangsa dilihat oleh seorang pengawal keselamatan ladang sedang menaiki motosikal, dipercayai menuju ke sungai berhampiran.
Jelasnya, sebelum itu, adik mangsa telah melakukan pencarian di sekitar kampung namun tidak menjumpainya, sebelum membuat keputusan untuk mencari di dalam ladang kelapa sawit tersebut.
Menurut Baharudin, mayat mangsa ditemui terbaring di atas tanah.
Apabila melihat mangsa tidak memberikan respons, adiknya segera melaporkan kepada pihak polis.
Baharudin berkata, hasil pemeriksaan pihaknya tidak menemui sebarang unsur jenayah pada mayat mangsa.
Mayat mangsa kemudiannya telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#Baharudin Abdullah
#Dungun
#Felda Kerteh
#jenayah
#ladang kelapa sawit
#mati mengejut
#maut
#mayat
#Memancing
#pemandu jentera
#polis
#Sayutzi Yaacob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan