awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu kakitangan KKM maut dalam kemalangan

Nurul Izzatull Hani Seman
Nurul Izzatull Hani Seman
18/08/2021
07:24 MYT
Pemandu kakitangan KKM maut dalam kemalangan
Ambulans dipercayai dalam perjalanan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kluang menuju ke Hospital Permai Johor Bahru sebelum melanggar belakang sebuah lori. - JBPM
JOHOR BAHRU: Seorang pemandu sebuah ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) maut selepas kenderaan yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 9.7 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Skudai di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 11.58 pagi itu, mangsa, Shamsul Shamshuri, 49, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai mengalami kecederaan parah selepas tersepit pada bahagian pemandu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I Mohd Suhaimi Jamal, berkata ambulans dipercayai dalam perjalanan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kluang menuju ke Hospital Permai Johor Bahru sebelum melanggar belakang sebuah lori jenis Hino.
“Seramai 13 anggota dari BBP Larkin dan BBP Skudai dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan(EMRS), dua motosikal serta sebuah utiliti dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Semasa tiba di lokasi kejadian empat kakitangan telah tersepit termasuk pemandu Shamsul Shamsuri, 49, Rosnilam Satari, 48, Azlina Mohd. Rawi, 41, dan Amelia Pek Ying Hung, 26, terperangkap dalam van terbabit.
“Pihak bomba mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit menggunakan alatan ‘rescue cutter’ dan mengambil masa kira-kira 11 minit,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Suhaimi berkata, tiga mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah bagi mendapatkan rawatan manakala pemandu lori berkenaan terselamat.
“Pemandu ambulans disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pasukan perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.”
“Operasi tamat pada pukul 1.24 petang,” katanya
Topic Berkaitan
#kemalangan
#pemandu
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#pemandu ambulans
#Skudai
#Johor Bahru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan