awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu, kelendan lori didenda miliki karkas babi

Bernama
Bernama
08/04/2024
07:30 MYT
Pemandu, kelendan lori didenda miliki karkas babi
Devaraju (hadapan) dan Raviendran (belakang) tiba di Mahkamah Majistret Setiu, pada Isnin. - Gambar/ Sinar Harian
SETIU: Seorang pemandu dan kelendan lori masing-masing didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup 228 keratan karkas babi seberat 9,120 kilogram bernilai RM246,240 pada November tahun lepas.
Majistret Ainis Abu Hassan Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas S. Devaraju Naidu, 38, dan P. P. Raviendran, 45, mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.
Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua lelaki terbabit menjalani hukuman penjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Wakil majikan tertuduh kemudian membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memiliki 228 keratan karkas babi disyaki diseludup dari Thailand yang dijumpai di dalam sebuah lori kontena sejuk beku tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu di tepi jalan di Kampung Pak Kancil di sini pada 3.30 pagi, 9 Nov tahun lepas.
Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Kaedah 5 (3) Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa JPV Terengganu Mohd Shahihan Mohd Tahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#karkas babi
#pemandu lori
#hukuman denda
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan