awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu kereta cemas diserang lelaki guna batu bata

Sinar Harian
Sinar Harian
22/01/2023
13:36 MYT
Pemandu kereta cemas diserang lelaki guna batu bata
Seorang pemandu menempuh detik mencemaskan apabila diserang dengan menggunakan batu bata oleh seorang individu. - Foto media sosial/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu menempuh detik mencemaskan apabila diserang dengan menggunakan batu bata oleh seorang individu dalam kejadian tular di persimpangan lampu isyarat Jalan Metro 1, Metro Prima, di sini pada Ahad.
Rakaman video berdurasi 28 saat itu memaparkan seorang lelaki warga emas dilihat datang dari arah kiri jalan dan mengetuk cermin kereta dipandu mangsa menggunakan batu bata.
Suspek juga dilihat cuba membuka pintu kereta sambil menjerit memarahi mangsa.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan punca suspek bertindak sedemikian.
Sementara itu, Polis Kuala Lumpur menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya sedang mengesan individu-individu terlibat dalam kejadian tersebut.
"Mohon kepada individu terlibat tampil membuat laporan polis di mana-mana balai yang berdekatan bagi memastikan siasatan secara terperinci dapat dijalankan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Kepong di talian 03-62742312 atau Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 0340482222," katanya.
- Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemandu diserang
#batu bata
#Metro Prima
#rakaman video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan