awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lalui detik cemas, kereta jatuh gaung 30 meter

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/03/2023
22:20 MYT
Pemandu lalui detik cemas, kereta jatuh gaung 30 meter
Keadaan kereta yang terjatuh ke dalam gaung sedalam 30 meter di Kampung Makmur. - Foto JBPM
IPOH: Seorang lelaki melalui detik-detik cemas selepas kereta yang dipandunya terjatuh ke dalam gaung sedalam 30 meter di Kampung Makmur, Ulu Kinta, dekat sini, malam tadi.
Lelaki berusia 25 tahun itu hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Menurut Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Jalil Hamzah, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 7.58 malam.
“Setibanya jentera di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Kia Forte yang terjatuh ke dalam gaung sedalam 30 meter,” katanya dalam kenyataan awal pagi ini.
Bagaimanapun, katanya, mangsa telah dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.
Menurutnya, anggota bomba melakukan kerja ‘size up’ dan mendapati tiada lagi mangsa di dalam kenderaan tersebut.
Operasi yang turut dibantu anggota dari BBP Sungai Siput, tamat jam 10.50 malam.
Topic Berkaitan
#Nahas
#gaung
#cedera
#Kampung Makmur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan