awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isteri Perdana Menteri Sepanyol didakwa atas kes rasuah selepas siasatan dua tahun
Anggota Kongres AS, Eric Swalwell rancang letak jawatan susulan dakwaan salah laku seksual
Pelari maraton Singapura, Eugene Lim meninggal dunia pada usia 45 tahun akibat kanser, tiga hari selepas berkahwin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan

Bernama
Bernama
13/04/2026
15:53 MYT
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
Mohd Zamzuri mengesahkan suspek ditahan petang tadi, bagi membantu siasatan kes berkenaan. - Gambar fail/Bernama
Polis menahan pemandu yang disyaki terlibat dalam insiden langgar lari seorang anggota polis trafik di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini pada Jumaat lepas.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa mengesahkan suspek ditahan petang tadi, bagi membantu siasatan kes berkenaan.
"Suspek ditahan petang tadi dan polis kini dalam proses penyediaan laporan serta melaksanakan ujian saringan air kencing dan ujian saringan pernafasan (EBA) terhadap suspek," katanya.
Terdahulu, tular rakaman video memaparkan sebuah kenderaan cuba melarikan diri sehingga merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda semasa dikejar anggota polis trafik berkenaan.
Dalam kejadian pada 10.47 malam Jumaat lepas, seorang anggota polis trafik berpangkat Konstabel berusia 27 tahun cedera selepas dilanggar kenderaan terbabit dari arah belakang semasa sedang menjalankan tugas kawalan lalu lintas di persimpangan jalan berkenaan.
Pemandu kereta tersebut kemudian bertindak melarikan diri menghala ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur tanpa berhenti bagi memberikan bantuan kepada mangsa.
Mangsa yang mengalami luka di tapak tangan kanan dan belakang kepala serta sakit pada bahagian rusuk dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JSPT
#langgar lari
#polis
#PULAPOL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan