awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori muatan ubi keledek maut kemalangan di PLUS

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
08/10/2019
13:22 MYT
Pemandu lori muatan ubi keledek maut kemalangan di PLUS
Mangsa dipercayai hilang kawalan kenderaan sebelum melanggar belakang treler muatan simen yang ketika itu berhenti di kiri bahu jalan kerana mengalami kerosakan. - Foto ihsan bomba
Seorang pemandu lori yang membawa muatan ubi keledek, maut selepas kenderaan yang dibawanya merempuh sebuah treler muatan simen yang rosak di Kilometer 256, Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira 11.15 pagi itu, mangsa, Aminordin Basiron, 58, beralamat di Kangar, Perlis, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner, Razali Ismail berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila lori mangsa dipercayai dilanggar oleh sebuah lori lain di lorong sebelah kanan.
“Ia menyebabkan lori mangsa hilang kawalan sebelum melanggar belakang treler muatan simen yang ketika itu berhenti di kiri bahu jalan kerana mengalami kerosakan.
“Akibat kemalangan tersebut, mangsa tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Polis sedang mengesan saksi bebas yang melihat kemalangan tersebut.
Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan
#Aminordin Basiron
#Lebuhraya Utara Selatan
#muatan ubi keledek
#pemandu lori
#Polis Daerah Kuala Kangsar
#treler
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan