awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori tidak mengaku bersalah jual besi konkrit bernilai lebih RM300,000

Astro Awani
Astro Awani
01/12/2021
05:11 MYT
Pemandu lori tidak mengaku bersalah jual besi konkrit bernilai lebih RM300,000
Mohamad Ridzuan (dua, kiri) didakwa tidak menghantar besi-besi konkrit seberat 81 tan ke Pelabuhan Kuantan dan sebaliknya menjual kepada pihak ketiga di tepi jalan Sungai Ular, Kuantan. - Foto Astro AWANI
KUANTAN: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah dengan menjual besi konkrit milik syarikat bernilai RM324,000 bulan lalu.
Mohamad Ridzuan Abdul Khadir, 33 tahun, dituduh melakukan kesalahan itu ketika menjadi sub-kontraktor kepada Kanna Transport Servis.
Dia didakwa telah tidak menghantar besi-besi konkrit seberat 81 tan ke Pelabuhan Kuantan dan sebaliknya menjual kepada pihak ketiga di tepi jalan Sungai Ular di sini pada pukul 8 malam, antara 9 dan 10 Nov lepas.
Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 407 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda.
Majistret Ainis Abu Hassan Saari membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dan menetapkan 16 Dis depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Aini Adilah Muhammad Faizal manakala tertuduh diwakili peguam Tharan Singh.
Topic Berkaitan
#pemandu lori
#besi konkrit
#sub-kontraktor
#pecah amanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan