awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori tolak kekasih disambung reman dua hari

Sinar Harian
Sinar Harian
06/03/2024
06:34 MYT
Pemandu lori tolak kekasih disambung reman dua hari
Seorang wanita warga Thailand maut ditolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam, pada Rabu. -Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Seorang pemandu lori yang menolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam di sini Rabu lalu, disambung reman dua hari untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek sebelum ini diberkas dan direman tujuh hari untuk siasatan berhubung kejadian.
"Perintah reman terhadap kesemua suspek dikeluarkan Majistret Farah Rosnan bermula 7 Mac sehingga 8 Mac ini.
"Siasatan berkaitan kes ini dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Pada Rabu, seorang wanita warga Thailand maut ditolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam di sini.
Suspek terlibat yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 37 tahun itu diberkas selepas kejadian berkenaan.
Menurut saksi, semasa kejadian terdengar pergaduhan antara mangsa dan suspek sebelum mendakwa melihat mangsa ditolak dari tingkat 23 dan jatuh ke tingkat tujuh kondominium tersebut.
Mohd Iqbal berkata, laporan kejadian itu diterima pihaknya pada jam 10.02 malam sebelum pihaknya menahan suspek pada jam 10.10 malam di lokasi kejadian. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemandu lori
#tolak kekasih
#tingkat 23 kondominium
#Setia Alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan