awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selamba baling bata dari tingkat atas pangsapuri
Delegasi Iran bawa barangan peribadi korban kanak-kanak sekolah Minab ke Rundingan Islamabad
Kelengkapan MALBATT di Lubnan bukan untuk operasi zon peperangan aktif - Khaled Nordin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu mabuk: Operasi dilipat ganda di seluruh negara - Pengarah JSPT

Bernama
Bernama
10/04/2026
15:45 MYT
Pemandu mabuk: Operasi dilipat ganda di seluruh negara - Pengarah JSPT
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail (dua kanan) menyampaikan hadiah filem pendek sempena Op Selamat pada Majlis Apresiasi Op Selamat 25 dan 26 Tahun 2026 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL). - Foto BERNAMA
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengarahkan semua kontinjen negeri melipatgandakan operasi membabitkan pemandu mabuk, dengan keutamaan diberikan pada malam minggu bagi membendung peningkatan risiko kemalangan.
Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata arahan itu melibatkan pelaksanaan operasi secara berkala dan lebih agresif di seluruh negara.
“Saya arahkan supaya dipertingkatkan semua operasi berkenaan Ops Mabuk. Kita sudah tekankan pelaksanaan operasi ini bukan sahaja pada malam minggu, tetapi juga malam-malam biasa, namun keutamaan diberikan pada malam minggu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Ops Selamat 25 dan 26 di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini malam ini.
Beliau berkata JSPT telah bersiap siaga dan semua kontinjen negeri diarahkan mempergiat penguatkuasaan.
“Kita mahu kurangkan risiko dan kejadian kemalangan akibat pemandu mabuk, jadi pendekatan kita adalah dengan mempertingkatkan operasi secara menyeluruh dan konsisten,” katanya.
Awal pagi semalam, seorang lelaki tempatan ditahan kerana memandu melawan arus dalam keadaan mabuk di Kilometer 0.7, Lebuhraya Sprint, Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata lelaki itu ditahan pada 2.10 pagi selepas dikesan memandu secara berbahaya sebelum siasatan mendapati suspek berada di bawah pengaruh alkohol dan turut melarikan sebuah kenderaan e-hailing.
Pada 3 April lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menyarankan supaya undang-undang berkaitan kesalahan kemalangan jalan raya dinilai semula agar hukuman lebih berat dan memberi kesan pencegahan.
Azalina berkata demikian ketika diminta mengulas kes kemalangan maut di Klang, Selangor melibatkan pemandu kereta di bawah pengaruh dadah dan alkohol yang mengorbankan penunggang motosikal, Amirul Hafiz Omar, 33, dalam kejadian pada 29 Mac lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu mabuk
#JSPT
#keselamatan
#Muhammed Hasbullah Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan