awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut, kelindan cedera, lori tangki terbalik di Selama

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
17/08/2022
07:17 MYT
Pemandu maut, kelindan cedera, lori tangki terbalik di Selama
Pemandu sebuah lori tangki maut manakala kelindannya cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Sungai Dendang, Jalan Bukit Rona Pinang, dekat Selama, hari ini. - Gambar JBPM
SELAMA: Pemandu sebuah lori tangki maut manakala kelindannya cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Sungai Dendang, Jalan Bukit Rona Pinang, dekat sini, hari ini.
Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Noor Hadi Mohd, 38, manakala yang mangsa cedera dikenali Kamarusin Abd Aziz, 47.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Pengelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 10.16 pagi.
“Kemalangan melibatkan sebuah lori tangki terbabas di bahu jalan menyebabkan dua orang tersepit.
“Pemandu telah disahkan maut di lokasi oleh pegawai perubatan manakala kelindan mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Jurucakap itu berkata, anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat di samping bantuan jentera berat untuk mengeluarkan mangsa.
Mangsa yang maut diserahkan kepada polis manakala kelindan yang cedera diserahkan kepada pihak ambulan untuk tindakan selanjutnya.
Operasi dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama dengan dibantu anggota dari BBP Serdang.
Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Mohd Nor Khairi Johari tamat jam 12.48 tengah hari.
Topic Berkaitan
#pemandu maut
#kelindan cedera
#lori tangki terbalik
#Selama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan