awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut lori tangki langgar dinding jejambat di Selangau

Bernama
Bernama
17/12/2025
04:00 MYT
Pemandu maut lori tangki langgar dinding jejambat di Selangau
Mangsa yang tersempit pada bahagian pinggang dan kaki, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar/ FB Asun Jemat
SIBU: Seorang pemandu lori tangki minyak sawit maut dalam kemalangan di jejambat simpang Mukah-Selangau di sini pada tengah malam tadi.

Ringkasan AI
  • Pemandu lori tangki minyak sawit maut dalam kemalangan di jejambat simpang Mukah-Selangau, Sarawak pada tengah malam.
  • Mangsa, Tolles Lana, 37, disahkan meninggal dunia selepas tersepit pada bahagian pinggang dan kaki.
  • Pasukan Bomba Selangau tiba di lokasi pada 1.05 pagi, mengeluarkan mangsa tersepit sebelum operasi pembersihan ditamatkan pada 4.01 pagi.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Andy Alie berkata mangsa Tolles Lana, 37, yang tersempit pada bahagian pinggang dan kaki, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
Beliau berkata pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau telah digerakkan ke lokasi sebaik saja menerima panggilan pada 12.59 tengah malam dan tiba di lokasi pada 1.05 pagi.
"Kemalangan kendiri itu melibatkan sebuah lori tangki yang melanggar dinding jejambat. Pasukan Bomba membuat kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa tersepit dengan merenggangkan bahagian kenderaan untuk mengeluarkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata sebaik selesai mengeluarkan mangsa, pasukan bomba membuat kerja pembersihan sisa kemalangan dan operasi ditamatkan pada 4.01 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan lori
#lori langgar flyover
#lofi langgar jejambat
#Selangau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan