awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar mahu isu banjir, bekalan air di Sarawak diselesaikan segera
Konflik Asia Barat: 4 maut, 2 hilang dalam nahas pesawat pengisi minyak di Iraq - CENTCOM
Gempa bumi bermagnitud 5.5 gegar utara Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu pacuan empat roda rempuh dua suspek kes tembak di Klang

Bernama
Bernama
05/03/2026
06:07 MYT
Pemandu pacuan empat roda rempuh dua suspek kes tembak di Klang
Pemandu pacuan empat roda yang melihat insiden tersebut bertindak merempuh motosikal suspek menyebabkan mereka cedera. - Gambar/ Media sosial
Dua lelaki cedera dirempuh kenderaan pacuan empat roda selepas melepaskan tembakan ke arah seorang pemandu lori di Taman Seri Kapar, Klang pagi tadi.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata kejadian berlaku kira-kira 9 pagi dan tindakan dua suspek itu disedari oleh pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut.
“Kejadian melibatkan dua lelaki bermotosikal melepaskan tembakan ke arah seorang pemandu lori.
“Ekoran itu, (pemandu) kenderaan yang melihat insiden tersebut bertindak merempuh motosikal suspek menyebabkan mereka cedera,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.
Beliau berkata tahap kecederaan dua suspek belum dapat dipastikan dan identiti mereka sedang disemak.
Pasukan forensik juga masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
“Polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat bagi memperincikan kronologi dan perkembangan lanjut siasatan kes,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 13 saat memaparkan seorang lelaki terbaring di jalan raya dipercayai berkaitan dengan kes tembak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kes Tembak
#Klang
#penembak dirempuh
#Taman Seri Kapar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan