awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu treler rempuh belakang treler lain maut

Bernama
Bernama
08/12/2017
07:05 MYT
Pemandu treler rempuh belakang treler lain maut
Mangsa yang tersepit pada bahagian kabin pemandu akibat rempuhan tersebut berjaya dikeluarkan anggota bomba, namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan. - Gambar hiasan
Seorang pemandu treler maut dalam kemalangan melibatkan dua treler di KM43.6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), berhampiran simpang keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pagi tadi.
Pegawai Bomba Kanan 1 Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Lias Amat berkata pemandu yang memandu treler dengan muatan 60 tan polyethylene itu dipercayai telah merempuh belakang sebuah treler yang membawa muatan 60 tan tiang konkrit yang berhenti di laluan kecemasan kerana rosak.
Bomba menerima panggilan mengenai insiden tersebut pada 7.02 pagi dan tiba ke lokasi kejadian 15 minit kemudian dengan kekuatan 10 anggota termasuk dua pegawai.
"Mangsa, Muhamad Jidin, 27, yang tersepit pada bahagian kabin pemandu akibat rempuhan tersebut berjaya dikeluarkan anggota bomba, namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan.
"Pemandu treler yang membawa konkrit pula, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Lias berkata mangsa yang maut dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#ELITE
#Hospital
#kemalangan
#kesihatan
#Kuala Lumpur
#Lias Amat
#mangsa
#maut
#meninggal dunia
#Muhamad Jidin
#nilai
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan