awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya selamat diijabkabulkan

Sinar Harian
Sinar Harian
21/09/2024
00:15 MYT
Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya selamat diijabkabulkan
Amira Aisya Abdul Aziz selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Luqman Long pada pagi Jumaat. - Gambar Facebook Muda
JOHOR BAHRU : Pemangku Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abdul Aziz selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Luqman Long pada pagi Jumaat.
Pernikahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa dengan pasangannya yang merupakan bekas Ketua Penerangan Muda berlangsung dalam majlis sederhana di Eco Palladium, di sini.
"Saya bernikah para jam 10 pagi tadi (Jumaat) dengan dihadiri keluarga dan rakan rapat sahaja. Insya-Allah esok (Sabtu) resepsi.
"Kami kenal sudah lama sejak dari zaman belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Muda dalam hantaran media sosial parti berkenaan mengucapkan tahniah atas pernikahan tersebut.
"Kami mendoakan semoga ikatan perkahwinan ini kekal bahagia, diberkati dengan kasih sayang, keharmonian, serta kebahagiaan yang berkekalan hingga ke akhir hayat.
"Selamat menempuh fasa baru. Salam ikhlas daripada seluruh keluarga besar Muda," tulisnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pemangku Presiden Muda
#Amira Aisya Abdul Aziz
#Amira Aisya kahwin
#Luqman Long
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan