awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pematuhan SOP rakyat Malaysia berkurangan

Astro Awani
Astro Awani
05/10/2020
05:47 MYT
Pematuhan SOP rakyat Malaysia berkurangan
Dr Khor Swee Kheng berkata, rakyat Malaysia barangkali letih untuk mengamalkan normal baharu yang tidak pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian sebelum ini. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR :Tahap kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilihat sedikit berkurangan berbanding gelombang pertama COVID-19.
Pakar Perubatan dan Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kheng berkata, sesetengah rakyat Malaysia barangkali letih untuk mengamalkan normal baharu yang tidak pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian sebelum ini.
Bagaimanapun katanya, sekiranya dibandingkan dengan negara-negara lain terutamanya Eropah, kadar pematuhan rakyat Malaysia masih lagi pada tahap yang tinggi.
"Berbanding fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita mungkin lupa atau lesu untuk mengamalkan norma baharu yang tidak pernah berada dalam kehidupan," katanya ketika ditemubual Astro AWANI menerusi Skype di sini, pada Isnin.
Ketika ditanya mengenai sama kerajaan perlu memanggil semua yang pulang dari Sabah untuk menjalani ujian calitan atau sebaliknya, Swee Kheng berkata, adalah sesuatu yang sukar dan mungkin tidak membuahkan hasil yang setimpal dengan usaha yang diletakkan.
Ekoran itu, beliau menyarankan kerajaan untuk mencari kaedah yang lebih tepat secara bersasar.
Pada masa yang sama beliau mengingatkan orang ramai mengenai kepentingan pematuhan SOP memandangkan Malaysia kini berada di ambang gelombang baharu terutamanya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah apabila kes melonjak tinggi sejak beberapa hari lalu.
Sebanyak 317 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Ahad, yang kesemuanya merupakan penularan dalam negara.
Ini merupakan hari kedua berturut-turut negara merekodkan jangkitan harian tertinggi sejak wabak itu melanda negara.
Daripada keseluruhan jumlah kes baharu tersebut, sebanyak 37 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PRN Sabah
#PKPP
#PKP
#pematuhan SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan