awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangunan kemudahan chatbot dalam WhatsApp memasuki proses akhir - Fahmi

Bernama
Bernama
11/06/2024
05:42 MYT
Pembangunan kemudahan chatbot dalam WhatsApp memasuki proses akhir - Fahmi
Fahmi (foto) berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Meta Platforms Inc (Meta) dalam masa terdekat mengenai perkara itu. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi sedang dalam proses akhir membangunkan kemudahan chatbot dalam aplikasi WhatsApp bagi mengekang penularan berita palsu, kata Menteri berkenaan Fahmi Fadzil.
Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Meta Platforms Inc (Meta) dalam masa terdekat mengenai perkara itu.
"Waktu ini ada beberapa isu teknikal sedang diteliti. Kita juga sedang berusaha pastikan aplikasi berkenaan dapat menjawab isu-isu dibangkitkan terutama dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan sebagainya.
"Pada ketika kita rasmikan nanti, mungkin akan ada beberapa bahasa utama, tapi kita akan kembangkan (bahasa lain) sebab ia berteraskan AI (kecerdasan buatan)," katanya kepada media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bagi bulan Jun 2024 di sini hari ini.
Terdahulu, semasa berucap Fahmi berkata sementara menunggu aplikasi chatbot itu dilancarkan, beliau menyeru warga Kementerian Komunikasi untuk menjadi barisan paling hadapan melawan fitnah yang tersebar dalam media sosial termasuk WhatsApp, bagi memastikan komunikasi yang tepat sampai kepada rakyat.
"Saya berharap sehingga aplikasi itu kita rasmikan, kita juga memainkan peranan untuk meneliti apa yang disampaikan dalam WhatAspp, media sosial, sekiranya sebarang maklumat itu tidak tepat, maka kita perlu betulkan dengan baik dan tertib dengan menyampaikan fakta.
"Pasukan di kementerian ini perlu menjadi barisan paling hadapan untuk menentang dan melawan fitnah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#berita palsu
#WhatsApp
#chatbot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan