awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu kedai didakwa bunuh teman wanita

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
30/06/2023
03:30 MYT
Pembantu kedai didakwa bunuh teman wanita
Tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas tuduhan membunuh teman wanitanya di sebuah rumah kedai di Taman Song Choon, Ipoh, minggu lalu. - Astro AWANI
IPOH: Seorang pembantu kedai didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas tuduhan membunuh teman wanitanya di sebuah rumah kedai di Taman Song Choon, minggu lalu.
Tertuduh Saini Irwandy Sofian Sani, 23, mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana ia melibatkan kes bunuh yang merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Shahwani Abdullah, 24.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Tingkat 1 sebuah rumah kedai di Taman Song Choon, Ipoh antara jam 5 petang Sabtu hingga 4.54 pagi Ahad lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 30 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan lantikan peguam.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. M Moganaraj Mithra manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Ahad lalu, media melaporkan seorang wanita maut dipercayai dipukul teman lelaki dalam kejadian bergaduhan di sebuah rumah kedai di Taman Song Choon.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati seorang perempuan berumur 24 tahun berada dalam keadaan tidak sedar diri terbaring di atas katil.
Menurutnya, ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati teman lelaki mangsa positif dadah jenis Methamphetamine.
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#bunuh teman wanita
#pembantu kedai didakwa
#Taman Song Choon Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan