awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump luah kekecewaan terhadap NATO, Rutte memahami
Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan 2026 Malaysia kepada 4.4 peratus
Lonjakan harga bahan api jet dijangka cetus penggabungan syarikat penerbangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembatalan penstrukturan air Selangor undang kerisauan pemain industri

Astro Awani
Astro Awani
13/03/2015
01:49 MYT
Pembatalan penstrukturan air Selangor undang kerisauan pemain industri
Ketepikan agenda politik demi kepentingan dan kebaikan semua warga Lembah Klang, kata KOOP Pekerja. -Gambar fail
Pembatalan penstrukturan air di Selangor yang diumumkan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali pada Isnin telah mengundang persoalan tentang hala tuju industri air di Lembah Kelang.
Koperasi Pembangunan Pekerja Industri Selangor Berhad (KOOP Pekerja) dalam satu kenyataan hari ini berkata, situasi ini bakal membuat industri sedia ada terjejas dan bertindak mengalihkan kilang-kilang mereka ke tempat lain.
“Industri yang sedia ada mungkin akan bertindak mengalihkan kilang-kilang mereka ke tempat lain sekiranya masalah kekurangan bekalan air masih tidak dapat ditangani segera.
Ini merupakan risiko yang perlu ditanggung oleh pekerja-pekerja industri yang mungkin akan kehilangan pekerjaan sekiranya kilang-kilang tempat mereka bekerja terpaksa ditutup dan berpindah ke tempat lain,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Radzi Basiron dalam kenyataan itu.
KOOP Pekerja juga tidak menolak bahawa keadaan ini boleh memberi kesan ke atas kemasukan pelabur luar ke Selangor dan jika keadaan tersebut berlaku ia bakal merugikan pekerja industri.
“KOOP Pekerja menyeru agar kerajaan negeri Selangor dan Kerajaan Pusat kembali berbincang secara baik dalam memuktamadkan penstrukturan air yang telah dilaksanakan perjanjiannya sebelum ini.
Ketepikan agenda politik demi kepentingan dan kebaikan semua warga Lembah Klang,” katanya.
Isnin lalu, Mohamed Azmin mengumumkan bahawa kerajaan negeri telah membatalkan perjanjian penstrukturan air itu dengan Kerajaan Persekutuan yang ditandatangani pada 12 Sept tahun lepas.
Pakar dan penganalisis politik dalam pada itu berpendapat tindakan kerajaan Selangor itu bukan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat dan isu semasa di negeri itu, sebaliknya hanya untuk bermain politik dan mencabar Kerajaan Persekutuan.
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#Azmin Ali
#KOOP Pekerja
#Koperasi Pembangunan Pekerja Industri Selangor Berhad
#penstrukturan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan