awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembedahan tangan Mohamad Thaqif pagi ini ditangguhkan - Keluarga

Shahrul Hassan
Shahrul Hassan
26/04/2017
02:57 MYT
Pembedahan tangan Mohamad Thaqif pagi ini ditangguhkan - Keluarga
Usaha telah dilakukan sedaya upaya untuk menyelamatkan tangan Mohd Thaqif Amin untuk tidak dipotong. - Gambar fail
Pembedahan untuk memotong tangan pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi yang dijadual hari ini tidak dapat dijalankan berikutan keadaan jantungnya yang tidak stabil.
Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffie, 11, yang didakwa telah dipukul pembantu warden sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya dipotong itu kini masih dalam pemantauan doktor.
Menurut ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38, pada malam semalam doktor mengesahkan tangan pelajar itu perlu dipotong bagi memastikan dia berada dalam keadaan baik, selain untuk mengelak jangkitan kuman merebak ke kawasan lain anggota badan.
Namun selepas pemeriksaan dibuat pagi tadi, pembedahan terpaksa ditangguhkan ke satu masa yang belum ditentukan berikutan keadaan jantungnya.
Pada Jumaat lalu, Mohamad Thaqif terpaksa menanggung kecacatan kekal apabila kedua-dua belah kakinya dipotong pihak hospital selepas didapati mengalami pendarahan dan luka dalaman serta jangkitan kuman.
Dia dipercayai mengalami kesakitan di bahagian kaki sejak dua minggu lalu selepas disebat oleh pembantu warden di tapak kaki dan betis dalam keadaan bersujud.
Sementara itu, pembantu warden madrasah yang dipercayai suspek kepada kes berkenaan disambung reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 29 April.
Permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Kota Tinggi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Komisioner Rahmat Othman yang mengesahkan perkara itu turut memberitahu permohonan sambung reman adalah bagi meneruskan siasatan mengenai kes itu.
Sebelum ini Majistret Mazana Sinin membenarkan suspek ditahan reman selama empat hari bermula 23 April.
BACA: Pelajar tahfiz: Keluarga mengharap keajaiban
BACA: Kes pelajar tahfiz disebat: Tidak perlu menuding jari
BACA: Sebat kaki pelajar: Madrasah tahfiz swasta disiasat
Topic Berkaitan
#Dzuraidah Ahmad
#madrasah
#potong tangan
#sebat
#tahfiz
#Thaqif Amin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan