awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemberian vaksin untuk pelajar STPM akan disegerakan - Timbalan Menteri

Bernama
Bernama
14/07/2021
12:54 MYT
Pemberian vaksin untuk pelajar STPM akan disegerakan - Timbalan Menteri
Calon-calon peperiksaan STPM akan menerima vaksin COVID-19 dengan syarat mendapat kebenaran daripada ibu bapa. - Gambar hiasan BERNAMA
KANGAR: Pemberian vaksin COVID-19 kepada calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan dipercepatkan dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim.
"Mengikut perancangan kita, pelajar yang akan berhadapan dengan peperiksaan STPM akan disegerakan kemudahan pemberian vaksin mereka," katanya kepada pemberita ketika melawat pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan 2020 di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya juga telah mengeluarkan garis panduan untuk golongan yang berumur 18 tahun mendapatkan vaksinasi COVID-19.
"Walaupun tarikh lahir di kad pengenalan masih belum cukup 18 tahun tetapi dari segi tahun sudah berumur 18 tahun, mereka akan menerima vaksin dengan syarat mendapat kebenaran daripada ibu bapa," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, sehingga semalam sebanyak 80,780 orang atau 31 peratus rakyat Perlis telah menerima vaksin dos pertama manakala 57,628 orang lagi telah selesai menerima dos kedua iaitu 22 peratus. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin COVID-19
#STPM
#pelajar STPM
#vaksinasi COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan