awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
'Stor burger lebih cantik'- Saifuddin arah naik taraf segera pondok keselamatan sempadan
Perbicaraan kes ditangguh, Vivy Yusof, suami dapat pasport tunai haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan rumah ibadat wajib patuhi undang-undang, peraturan - Sultan Pahang

Bernama
Bernama
25/02/2026
03:10 MYT
Pembinaan rumah ibadat wajib patuhi undang-undang, peraturan - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah bertitah, pembinaan rumah ibadat tanpa melalui saluran sah bukan sahaja melanggar peraturan malah berpotensi mencetuskan salah faham serta ketegangan antara kaum dan agama. - Gambar Facebook Kesultanan Pahang
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan, pembinaan rumah ibadat di negeri itu wajib mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan bagi menjamin keharmonian masyarakat majmuk.
Al-Sultan Abdullah bertitah, pembinaan rumah ibadat tanpa melalui saluran sah bukan sahaja melanggar peraturan malah berpotensi mencetuskan salah faham serta ketegangan antara kaum dan agama.
"Undang-undang bukan menyekat atau menindas tetapi untuk menyelaraskan serta menjamin keadilan dan keharmonian bersama-sama" titah baginda yang dimuat naik di Portal Rasmi Kesultanan Pahang hari ini.
Menurut hantaran itu, Sultan Pahang bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan Masjid Tengku Amir Ibrahim Sultan Abdullah di Taman Bukit Bendera, di Temerloh, semalam.
Selain itu, baginda bertitah, tindakan mana-mana pihak yang tidak mengikut peraturan dan undang-undang boleh menyebabkan kekeliruan serta perbalahan dalam masyarakat.
"Ibarat membina rumah tanpa pelan, akhirnya akan roboh menyembah bumi," titah baginda.
Baginda menegaskan, negeri itu memerlukan ketertiban dan kepatuhan kepada peraturan, bukannya tindakan terburu-buru yang boleh mengundang sengketa.
Al-Sultan Abdullah menyeru pihak berkuasa dan pihak berkuasa tempatan melalui jawatankuasa rumah ibadat bukan Islam, Jabatan Agama Islam serta pemimpin komuniti untuk berganding bahu memperjelaskan prosedur dan memberi bimbingan sewajarnya kepada masyarakat.
"Dalam masa sama, rakyat turut diingatkan bersikap matang dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan demi memelihara perpaduan negeri," titah baginda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rumah ibadat
#undang-undang
#keharmonian masyarakat
#Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan