awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembukaan semula Zoo Johor ditangguh ke Ogos - Exco

Bernama
Bernama
15/04/2024
12:57 MYT
Pembukaan semula Zoo Johor ditangguh ke Ogos - Exco
GAMBAR FAIL: Zoo Johor yang terletak di pusat bandar raya ini, dalam proses dinaik taraf dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur melibatkan kos kira-kira RM7 juta bagi memberi keselesaan kepada pengunjung. - BERNAMA
KULAI: Pembukaan semula Zoo Johor yang dijadual pada bulan ini ditangguhkan ke Ogos depan berikutan terdapat beberapa kerja-kerja naik taraf luar jangka sedang dilakukan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata kerja-kerja menaik taraf itu melibatkan kos tambahan sebanyak RM1.1 juta.
"Pihak konsultan dan kontraktor yang menjalankan kerja-kerja naik taraf Zoo Johor berdepan dengan tiga masalah teknikal luar jangka yang tidak dapat dielak sejak beberapa bulan lepas, sekali gus mengakibatkan tempoh masa lebih lama untuk siap sepenuhnya diperlukan.
"Masalah itu adalah berhubung pembinaan saluran tangki najis haiwan secara berasingan bagi setiap kandang, kerja baik pulih dinding kolam takungan yang roboh serta pemasangan semula sistem perpaipan dan pendawaian elektrik yang usang," katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa kediaman yang mengalami gangguan bekalan air di Felda Bukit Permai di sini hari ini.
Pada 12 Feb lepas, dilaporkan kerajaan negeri akan mengekalkan harga tiket kemasukan ke Zoo Johor dengan harga termurah di Malaysia apabila taman haiwan itu dibuka semula kepada orang ramai April tahun ini selepas ditutup bagi pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf dijalankan.
Zoo Johor yang terletak di pusat bandar raya Johor Bahru, mula dibuka pada 1928 dan merupakan zoo tertua negara dengan keluasan 12.5 hektar serta mempunyai lebih 100 spesies haiwan.
Dalam perkembangan lain, Mohd Jafni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Permai berkata pihak operator air negeri Ranhill SAJ Sdn Bhd diminta meningkatkan tahap perkhidmatan kualiti pelanggan, khususnya apabila melibatkan gangguan bekalan air pada musim perayaan.
Beliau berkata syarikat itu dilihat tidak memberikan sebarang notis pemberitahuan berhubung gangguan bekalan air khususnya di kawasan kediaman terlibat seperti di sekitar Felda Bukit Permai termasuk pada 1 Syawal, Rabu lepas.
"Saya mewakili penduduk di sini sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Dua minggu lepas saya telah melawat tangki air di Mengkibol (Kluang), pihak Ranhill SAJ telah membentangkan pelan tindakan mereka bagi mengatasi gangguan bekalan air sempena Aidilfitri ini, tetapi ia tetap berlaku.
"Ini telah membangkitkan rasa kecewa dan marah penduduk, malah masjid dan surau di kawasan sekitar juga terjejas bekalan air. Sebagai sebuah syarikat swasta, mereka sepatutnya memberikan perkhidmatan yang lebih baik selain mempunyai pelan tindakan awal atau pelan jangka masa pendek, sederhana dan panjang," katanya.
Sementara itu, Ketua Kampung Felda Bukit Permai Zakaria Khalid, 60, berkata masalah bekalan air di kawasan itu telah berlarutan sejak lebih 50 tahun lepas sehinggakan penduduk sudah terbiasa berdepan dengan situasi berkenaan.
"Paling kami terkilan adalah ketika sambutan Aidilfitri lepas, tiada sebarang notis pemberitahuan diberi. Penduduk dan ahli keluarga yang pulang dari kawasan lain berdepan kesukaran untuk sambut hari raya, malah ada yang terpaksa menangguhkan untuk memasak juadah raya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembukaan semula Zoo Johor
#ditangguh
#Ogos
#Mohd Jafni Md Shukor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan