awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemeriksaan dijalankan Puspakom berdasarkan kaedah, prosedur ditetapkan JPJ

Bernama
Bernama
17/02/2025
14:30 MYT
Pemeriksaan dijalankan Puspakom berdasarkan kaedah, prosedur ditetapkan JPJ
Mahmood Razak berkata syarikat pemeriksaan kenderaan motor itu juga, tidak mempunyai kuasa untuk mengubah mana-mana kaedah atau syarat pemeriksaan yang telah ditetapkan. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menegaskan operasi pemeriksaannya dijalankan mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), susulan isu dibangkitkan Persatuan Lori Sibu semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Mahmood Razak Bahman berkata syarikat pemeriksaan kenderaan motor itu juga, tidak mempunyai kuasa untuk mengubah mana-mana kaedah atau syarat pemeriksaan yang telah ditetapkan, atau bakal berdepan dengan tindakan denda daripada JPJ.
"...walaupun terdapat pandangan bahawa pelekat berat muatan yang pudar tiada kaitan dengan keselamatan jalan raya, Puspakom tetap perlu mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
"Semua pemilik kenderaan tahu apa syarat yang perlu dipatuhi. Jika mereka membawa kenderaan yang tidak mematuhi syarat untuk pemeriksaan, ini menunjukkan sikap sambil lewa mereka terhadap syarat dan kaedah yang telah dikuatkuasakan. Inilah masalah sikap yang kita perlu tangani," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau dalam masa sama turut berharap agar semua pihak terus memberikan kerjasama dalam menjamin keselamatan jalan raya menerusi pemeriksaan yang telus, profesional, dan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Semalam, Setiausaha Persatuan Lori Sibu Augustine Paat menerusi sidang media meminta agar pemeriksaan yang lebih telus dijalankan Puspakom, ekoran aduan diterima ahlinya yang mendakwa digagalkan pemeriksaan akibat alasan yang tidak munasabah.
Augustine dilaporkan berkata antara aduan yang diterima ialah membabitkan pelekat berat muatan di sisi lori yang sudah pudar, turut menjadi sebab pemeriksaan gagal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Puspakom
#JPJ
#pelekat berat muatan
#syarat pemeriksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan